Pelbagai
spekulasi yang kita dengar mengenai pelakon kacak,Ashraf Muslim atau
nama sebenarnya Mohd Ashraf Muslim, 32, yang dikatakan sudah berkahwin
dua. Akhirnya semua persoalan terjawab apabila pelakon itu sendiri
mengaku bahwa dia sudah bernikah dengan seorang bekas kru produksi
sebuah stesen televisyen, Wan Sakinah Ahmad Saburi, 29, di Thailand pada
7 Julai lalu.
Pengakuan
tersebut dilakukan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuala
Lumpur oleh Ashraf Muslim petang semalam dimana sepatutnya dia hadir
untuk membuat permohonan untuk berpoligami. Namun, dihadapan hakim, dia
telah membuat pengakuan dia sudah bernikah dan mahkamah kemudiannya
telah membenarkan dia menarik balik permohonan untuk berpoligami.
Tindakan
dan pengakuan Ashraf Muslim di hadapan hakim itu benar-benar
mengejutkan semua pihak terutamanya bapa mertuanya, Lokman Abdul
Hamid,52. Bapa mertua Ashraf Muslim, mendakwa dia dan keluarga kesal
dengan keputusan Ashraf berkahwin di Thailand sebelum mahkamah membuat
keputusan berkenaan permohonannya untuk berpoligami.
Hasil
temubualnya dengan Harian Metro memaklumkan semua terkejut apabila
Ashraf Muslim memberitahu tentang pernikahannya di mahkamah hari ini.
Beliau yang juga pengasas Pusat Perubatan Islam Al-Hidayah memberitahu
dia tidak dapat menerima alasan yang diberikan oleh Ashraf untuk
berkahwin lagi adalah disebabkan mereka belum dikurniakan anak. Pada
pandangannya, perkahwinan mereka baru mencecah 2 tahun dan anaknya itu
baru sahaja habis belajar.
Turut
mengecewakan bapa mertua Ashraf sendiri apabila Ashraf langsung tidak
memberitahu Dayana yang dia telah pergi ke Thailand dengan tujuan untuk
bernikah. Sebaliknya Ashraf memaklumkan yang dia ke Thailand atas urusan
bisnes. Kepulangannya ke Malaysia juga tidak dimaklumkan
Tindakan
Ashraf itu seolah-olah membelakangkan Dayana dan Lokman seisi keluarga.
Dayana hanya mengetahui yang Ashraf telah berkahwin lagi setelah
menjumpai itinerari penerbangan Ashraf dalam beg kembaranya 2 hari
selepas pernikahannya. Apabila ditanya oleh Dayana, barulah Ashraf
mengaku bahawa dia telah menikah kali kedua (di Thailand).
Pada
pandangan bapa mertua Ashraf Muslim, tindakan tersebut tidak elok
memandangkan Ashraf telah memfailkan permohonan berpoligami pada April
lepas, bagaimanapun perbicaraan tersebut ditangguh kerana Dayana tidak
diwakili peguam.Kenyataan yang diberikan oleh Wan Sakinah sebelum ini
dimana Dayana redha sekiranya berlakunya perkahwinan antaranya dan
Ashraff turut ditepis oleh Lokman.
Bapa
mertua Ashraf turut menafikan yang anaknya Noor Dayana reda dengan
keputusan Ashraf Muslim untuk berkahwin buat kali kedua dan laporan
media sebelum ini yang mengatakan bahawa Dayana reda dimadukan adalah
satu penipuan besar. Menurutnya lagi, terpulanglah kepada penerimaan
Dayana selepas ini terhadap isu poligami tersebut dan dia tidak akan
masuk campur atas perkara itu.
Setelah
identity Wan Sakinah Ahmad Saburi,29, terbongkar dan diketahui ramai,
dia kini menjadi buruan media untuk mendapatkan komen selanjutnya
mengenai isu tersebut. Walaubagaimanapun, setelah dihubungi, dia
memaklumkan bahawa dia tidak dapat memberikan komen lanjut mengenai
kontroversi yang melanda.
Luahan Wan Sakinah: “Harap faham, saya tak boleh cakap apa apa pun. Minta maaf ya,”
Dalam
perkembangan yang lain, Ashraf Muslim khabarnya ada membawa isteri
pertama Noor Dayana & Wan Sakinah ke tapak perniagaan beliau yang
di’buka di bazar Ramadan secara berasingan sebelum ini.