
Model baru Toyota Vios 2013
dilaporkan telah tiba di Malaysia. Beberapa keping gambar "Spyshot"
telah tersebar dengan sumber menyatakan model kereta itu berada di pusat
latihan Toyota. 4 Gambar ini menunjukkan model varian baru Vios TRD
Sportivo.
Harga anggaran bagi kereta Vios model baru ialah di antara RM74,000 - RM96,000. RM4000 lebih mahal daripada model sebelumnya.
Enjin kereta model baru ini pula dikatakan tiada perubahan dengan enjin model lama iaitu 1.5 Liter 1NZ-FE VVT-i dengan 4-Speed Super-ECT Automatic Transmission. Sama-sama kita nantikan tarikh rasmi pelancaran model ini di pasaran Malaysia!


