Minggu lalu, melalui gambar didalam Instagram milik pelakon Abby Abadi seolah-oleh memberi “hint” bahawa dia kini sedang menyulam cinta baru dengan seorang lelaki namun hari ini segalanya terjawab apabila Abby Abadi memuat-naik gambar mesranya bersama seorang lelaki dengan caption;
Assalamualaikum… Ada dengar cerita macam2 tentang kami? Sejujurnya, Alhamdullillah…. Kami lakukan kerana ALLAH & setakat hari ini, ALLAH permudahkan segalanya. Ingat Kami & Anak3 dalam doa kalian ye….
Dipendekkan cerita, Sebenarnya sudah 12hari dia sah menjadi suami Sy. Maaf sbb maklumkan lambat pd kalian…. ALLAH kami dulukan. Insyallah, majlisnya dlm bulan Raya nnti. Lokasi belum pasti. Doakan Ini jodoh… krn kami saling tidak mengenali antara satu sama lain. Baru 2minggu kenal, ALLAH tunjukkan jalan ke sini… Syukur!!Melalui gambar-gambar tersebut Abby mengumumkan bahawa dia sebenarnya sudah pun bernikah dengan lelaki itu sejak 12 hari yang lalu. Nyata Abby bijak menyembunyikan pernikahannya daripada pengetahuan media dan peminatnya.
Menurut Abby, lelaki itu bernama Farhan dan berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang iaitu Kelantan. Klik gambar di bawah untuk paparan yang lebih besar. So sweet!