Resepi Puding Karemel Tanpa telur, Tanpa kukus
(Tanpa telur, Tanpa kukus)
Oleh:Hidayatul Hafiza
Bahan A :
1 cawan gula
1/4 cawan air ( 2 sudu besar )
Bahan B :
1 paket serbuk agar-agar (10gm)
4 cawan air
3/4 cawan gula (sila tambah kalau rasa kurang manis)
Bahan C :
1 tin susu cair (400gm)
2 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecil esen vanila
CARA2:
Bahan A
- utk buat karemelnye sila guna pan yg leper atau yg mudah di angkat.
- tuang gula dalam pan dan sentiasa kacau.. makesure guna api kecil..
- bila semua gula sudah cair dan warnanya keperang2an, tambah kan 2 sudu air dan terus kacau supaya semua air bersatu dgn gula td.
(hati2 semasa tuang air, wap dia panas)
- angkat pan, tuangkan karemel panas td dlm loyang/acuan. Biar kan ia sejuk.
Bahan B &C
- campur semua bahan B dan masukan ke dalam periuk.. Kacau dan biarkan hingga didih.
- Satukan semua bahan C, sebatikan..
- bila bahan B tadi da mendidih, tuangkan bahan C yg telah disebatikan ke dalam periuk td..
- kacau sehingga sedikit likat, dalam 3-5 minit dan matikan api.
- tuang puding tadi dalam bekas yg berisi karemel. biarkan sejuk seketika dan simpan dalam peti ais, dalam 2-3jam da bole makan..
# kalau guna acuan kecik2 mcm dlm gambar, bole dpt dlm 15-20 bekas.