Followers

Monday, April 1, 2013

DISKAUN UNTUK TARIK PELANGGAN SEKS



50% DISKAUN UNTUK TARIK PELANGGAN

Promosi potongan harga sehingga 50% bagi melanggan seorang pelacur yang dibuat bertujuan menarik pelanggan akhirnya membawa kepada penangkapan seorang lelaki tempatan dan 7 orang pelacur warga Vietnam.

Sindiket pelacuran yang didalangi lelaki warga tempatan itu akhirnya tumpas apabila pihak polis melakukan operasi dan menahan seorang lelaki tempatan berusia 40-an dan 7 orang pelacur warga Vietnam berusia lingkungan 20-an hingga 30-an di Jalan CM Yusoff di Ipoh, Perak.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak memaklumkan, kegiatan tersebut sukar dihidu kerana berselindung di sebalik premis perniagaan dan premis tersebut juga telah diubahsuai dengan menempatkan 6 bilik khas bagi aktiviti tersebut.

Operasi tersebut dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak. Kesemua gadis Vietnam tersebut tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh untuk siasatan lanjut.

Sumber: Berita Harian
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright 2011 ILMU PEDOMAN HIDUP
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.