Followers

Monday, March 18, 2013

Shahrizat : Kenapa saya perlu minta maaf

Shahrizat : Kenapa saya perlu minta maaf
 
Mac 18 2013

Bekas menteri kabinet Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil memberitahu mahkamah bahawa beliau berasa tersinggung apabila diminta oleh pengarah strategi PKR Rafizi Ramli untuk meminta maaf berhubung skandal projek lembu fidlot.

Beliau berkata demikian ketika disoal peguam Ranjit Singh sama ada beliau tersinggung dengan desakan Rafizi dalam kenyataan akhbar itu – yang menjadi isu dalam perbicaraan fitnah ke atas pemimpin PKR itu.

Shahrizat ketika ditanya berkata beliau berasa tersinggung dengan desakan tersebut.

"Kenapa saya perlu minta maaf? Minta maaf kepada rakyat Malaysia atas pendedahan yang membuatkan rakyat marah? Saya perlu minta maaf pada rakyat untuk apa?," katanya.

Ranjit seterusnya mencadangkan, permohonan itu adalah untuk kesalahan yang didakwa dilakukan keluarga bekas menteri tersebut dalam skandal berkenaan.

Shahrizat menyoal kembali: Adakah anda meminta seseorang isteri untuk menjelaskan ap0a yang suaminya buat di kondo?

Ranjit: Saya tidak tahu apa yang anda sindir.
Shahrizat: Adakah anda minta (seseorang) isteri menjelaskan apa yang suaminya buat di kondo, atau beberapa kondo?

Ranjit seterusnya meminta Shahrizat berhenti daripada membuat kenyataan politik dan beralih ke soalan lain.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright 2011 ILMU PEDOMAN HIDUP
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.