PECAH BERITA! Taib Mahmud Mengamuk Lagi!
Penafian demi penafian dibuat tuan punya badan tetapi apakah kesannya?
Nampaknya maklum balas ketua menteri Sarawak, Taib Mahmud dalam sedutan
video Rabu lalu rupanya dibalas dengan pendedahan video kedua yang
lebih dahsyat semalam.
Kononnya
dia memberi amaran bahawa tidak ada sesiapa pun yang dilantik menjadi
ejennya dalam urusan penjualan tanah seperti yang didedahkan NGO
berpangkalan di London, Global Witness.
Taib menambah adalah
tidak masuk akal kononnya dia melantik ejen tertentu seperti peguam dan
pengawai kerajaan menguruskan penjualan tanah beribu-ribu hektar hutan
konon untuk dijadikan ladang kelapa sawit di negeri itu.
Sambil
menyifatkan dirinya mangsa keadaan sesetengah pihak yang ingin
menjatuhkannya, Taib juga menafikan ada mempunyai hubungan dengan peguam
dari Sibu, Huang Lung Ong yang banyak menguruskan urusan guaman seperti
yang dilihat dalam pendedahan video kedua.
Pendedahan video
bertajuk 'Inside Malaysia Shadow State' yang dikeluarkan di laman
Youtube Selasa lalu kini sudah mencecah lebih 580 ribu tontoan di laman
perkongsian video itu.
“Ia telah mendapat pelepasan, kelulusan,
secara lisan, dari ketua menteri kita. Beliau merupakan menteri untuk
perancangan sumber, dia boleh membuat keputusan melalui lembaga
menteri,” kata Huang Lung Ong memberitahu penyiasat GW, yang menyamar
sebagai pelabur asing, dalam video tersebut.
“Sebaik sahaja
kami dapat nama, kami hantar. Kami akan mendapat kelulusan. Ini adalah
sebahagian daripada syarat awal bagi transaksi itu,” tambah peguam dari
Huang & Company Advocates, dirakam dalam video pertama GW sebagai
cubaan untuk menjual tanah bapa saudaranya, Hii Yii Peng, yang merupakan
seorang ahli perniagaan terkemuka di Sibu.
GW mengeluarkan
video sepanjang 2.5 minit di Youtube semalam sebagai membalas kenyataan
Huang, yang dipetik oleh The Malay Mail Rabu lalu sebagai berkata:
“Kenapa perlu saya bercakap mengenai ketua menteri?”
Huang juga
dilaporkan berkata beliau tertekan dan beliau mengeluarkan kenyataan
kerena kecewa penyiasat GW terus menerus menyoal beliau.
Video kedua GW walau bagaimanapun, menunjukkan Huang berada semasa berbual dengan penyiasat GW di bilik hotel.
Malah satu petiysen dalam talian mendesak perdana menteri, Najib
Altantuya supaya mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) menyiasat aktiviti Taib juga telah mendapat sambutan hangat
apabila lebibh 11 ribu tandatangan diterima setakat ini.
Taib
yang sudah 32 tahun mengetuai kerajaan negeri dikatakan mempunyai aset
di seluruh dunia berjumlah USD25 bilion (RM64.3 bilion) setakat akhir
tahun lalu.
Tekanan yang dirasai Taib tidak pula memaksanya
menyaman Global Witness sekiranya pendedahan mereka palsu atau
direka-reka, malah dia lebih marah kerana pengundi yang mengetahui kisah
dalam video tersebut sudah mula menyatakan rasa marah mereka melalui
komen yang dibuat di Youtube.