Isu Fitnah Terhadap Ustaz Azhar Idrus
Isu fitnah terhadap UAI yang dikatakan tak melatih anak kecilnya menutup aurat.Baru-baru ini ustaz yang popular dan terbaru tampil di rancangan TV kemah keming di Astro Oasis, iaitu Ustaz Azhar Idrus, telah menjadi mangsa fitnah.
Lebih mengharukan pemfitnah cuba mempersoalkan kredibiliti UAI dalam menjaga ahli keluarganya, apabila mengatakan UAI tidak mendidik anaknya menutup aurat.
Kata pemfitnah tersebut:
Dalam memperkatakan yang anak patut dilatih menutup aurat atau memakai tudung sejak kecil, rupa-rupanya anaknya sendiri tidak dilatih. Topeng agama semakin dilondehkan..
PADAHAL anak ustaz azhar idrus ( UAI) tu LELAKI.
Kalau perempuan sekalipun, selagi belum akhil baligh tidak diwajibkan menutup aurat.