Followers

Thursday, March 21, 2013

Filem OMK! - Oh Mak Kau Movie



Kalau sebelum ini anda pernah dengar Liyana Samsudin menjadi pengarah wanita yang muda untuk filem bertajuk “Selamat Pagi Cinta”, kini anda boleh lihat seorang lagi bakat baru pengarah muda lulusan Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM), Nurul Ain Nordin.

Aktress ini pernah mengejutkan dunia hiburan dengan gambar separa bogelnya yang telah tersebar di laman maya. Namun dia sekali lagi menimbulkan tanda tanya pada penggiat-penggiat seni dan rakan-rakan media, bagaimana seorang gadis yang baru sahaja berlakon 2 buah filem, dan secara tiba-tiba di usia yang baru menjangkau 24 tahun, sudah mengarah sebuah filem?

Apa yang lebih memusykilkan ialah bagaimana Nurul Ain Nordin boleh meyakinkan Syamsul Yusof untuk turut sama berlakon dibawah produksinya sedangkan kita tahu Syamsul Yusof adalah seorang pengarah muda berbakat yang mempunyai produksi sendiri.

Namun itu semua sudah terjawab semalam di majlis pelancaran filem pertama Starscope Production yang bertajuk “Oh Mak Kau” di Selayang Mall. Majlis ini dihadiri oleh barisan-barisan pelakon filem “Oh Mak Kau” iaitu, Sepahtu, Didie Alias, Yank Kassim, Wan Maimunah, Ayda & Kay AF9, Abbot dan juga Nurul Ain sendiri. Filem ini akan turut sama dibintangi oleh Syamsul Yusof dan khabarnya beberapa orang pemain bolasepak Harimau Malaya akan turut membuat penampilan istimewa. Menarik bukan?

Bercerita mengenai filem ini, penggambarannya akan dimulakan sekitar bulan Mac hingga bulan Mei dan menurut pengarah filem ini, Nurul Ain, mereka meletakkan RM1.6 juta sebagai kos perbelanjaan kasar filem ini. Satu angka yang boleh dianggap tinggi untuk sebuah produksi baru.

Ditanya bagaimana Nurul Ain dapat menarik Syamsul Yusof untuk turut sama menjayakan filem ini, dia berkata, “Saya dan Syamsul Yusof sudah lama berkawan. Sebelum ini pun saya pernah menjalani praktikal di Skop Production. Selepas selesai menjalani praktikal, kami masih mengekalkan hubungan persahabatan dan dari situ saya cuba pujuk dia untuk turut berlakon dibawah arahan saya.

“Tiada apa-apa hubungan yang istimewa antara kami berdua,” jelas Nurul Ain.

Filem “Oh Mak Kau” ini akan menjalani penggambaran di sekitar Rawang dan Gombak dan dijangkakan akan ditayangkan di pawagam pada penghujung tahun 2012.

Sebagai pengarah wanita muda, Nurul Ain yang baru pertama kali mengarahkan filem ini turut memberitahu bahawa telah banyak persediaan yang dia lakukan samada dari segi mental dan fizikal. Ini kerana dia harus berhadapan dengan pelakon-pelakon yang lebih senior dan sudah lama berkecimpung dalam bidang lakonan.

“Saya telah membuat persiapan yang rapi untuk filem ini. Banyak filem-filem Hindustan telah saya tonton. Mengenai pandangan orang ramai terhadap saya, saya sudah tidak kisah. Sebagai artis, kontroversi itu perkara biasa, saya akan cuba hadapi dengan lebih tabah,” tambah Nurul Ain lagi.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright 2011 ILMU PEDOMAN HIDUP
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.