Ular Sawa Nik Pesawat
Sydney – Penumpang pesawat dari Australia ke Papua New Guinea terkejut melihat ke luar tingkap kabin apabila mendapati seekor ular besar berada di atas sayap kapal terbang itu.
Ular sawa sepanjang tiga meter itu kelihatan selama sejam di pesawat Qantas antara Cairns di utara Queensland dan ibu negara Papua New Guinea, Port Moresby, kelmarin.
Selepas separuh perjalanan ke Papua New Guinea penumpang melaporkan melihat ular tergantung pada sayap pesawat, kata jurucakap Qantas mengenai ular yang boleh membesar mencapai 8.5 meter panjang.
Seorang anggota krew memberitahu media Australia reaksi awal apabila kehadiran reptilia itu mula dilaporkan adalah anda pasti bergurau.
Penumpang tidak diundang itu dipercayai memasuki pesawat dari kawasan bakau yang mengelilingi lapangan terbang di Cairns.
Qantas berkata, tiada impak ke atas operasi keselamatan pesawat disebabkan kehadiran ular itu.
Pesawat Bombardier Q400 dibenarkan menyambung penerbangan selepas mendarat di Port Moresby.
Ular itu ditemui mati sebaik tiba.