Followers

Friday, December 2, 2011

Beckham luang masa di Filipina


MANILA, Filipina - Bintang bola sepak England, David Beckham semalam meluangkan masa berkongsi pengalaman dan mendengar luahan kanak-kanak Filipina yang kurang bernasib baik semasa berkunjung ke negara berkenaan.

 Beckham luang masa di Filipina

"Penting untuk kita memiliki impian," kata Beckham semasa melawat sebuah rumah perlindungan kanak-kanak yang mendapat sokongan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) di pinggir ibu negara Filipina, di sini pada minggu ini.

Dia melakukan lawatan ke rumah perlindungan berkenaan sebagai Duta Muhibah UNICEF.

Memakai baju T hitam UNICEF, bekas ketua pasukan bola sepak England itu menceritakan pengalamannya bermain bola sepak seawal usia tujuh tahun sehingga dia berjaya mengejar impian bermain untuk kelab idamannya, Manchester United.

Beckham, 36, dan rakan-rakan sepasukannya dari kelab bola sepak LA Galaxy dari Amerika Syarikat akan bermain dalam perlawanan persahabatan menentang pasukan kebangsaan Filipina esok.


Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright 2011 ILMU PEDOMAN HIDUP
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.