![]() |
PENUH...suasana semasa majlis kuliah agama Ust Azhar Idrus-Masjid Wakaf Bharu pada 28/4/11 yang lalu |
Ust Azhar Idrus DILARANG Berkuliah Di KELANTAN
Dengar-dengarnya Majlis Agama Islam Kelantan MAIK telah mengeluarkan arahan untuk tidak membenarkan Ustaz Azhar Idrus berkuliah di Kelantan atas alasan cliche - tiada tauliah.
Surat rasmi berkenaan perkara ini akan dikeluarkan oleh pihak MAIK kepada Ustaz Azhar dalam masa terdekat. Ini bermakna kuliah pada 24/11/2011 yang dijadualkan akan diadakan di Masjid Wakaf Bharu, Kota Bahru, Kelantan tidak dapat dijalankan dan akan ditukar ke tempat lain yang akan dimaklumkan kemudian.
Bagaimanapun menurut PA Ustaz Azhar Idrus, Majlis Setiausaha Negeri Kelantan sanggup pada bila-bila masa untuk membantu menjalankan kuliah Ustaz Azhar di Kelantan. Mereka sanggup untuk menyediakan dewan-dewan di Kelantan untuk majlis kuliah Ustaz Azhar.
Bahasa mudahnya, Ustaz Azhar Idrus tidak dapat berkuliah di dalam Masjid kerana dihalang oleh MAIK kerana tiada tauliah, TETAPI boleh berkuliah di