Followers

Saturday, November 12, 2011

Produk KR1M didakwa tidak berkualiti

 
Produk KR1M didakwa tidak berkualiti
 
KUALA LUMPUR - Selepas mendakwa harga barang di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) lebih mahal dari pasar raya besar, Pakatan Rakyat (PR) kali ini, mendedahkan sembilan produk di kedai terbabit tidak berkualiti.

Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua berkata, hasil ujian makmal dilakukan ke atas sampel produk mendapati, isi kandungannya tidak menepati piawaian, ditetapkan di bawah Akta Makanan 1983 dan Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985 (Akta 281).

Menurutnya, sembilan produk didakwa adalah sos tiram, jem nenas, ais krim, susu sejat, krimer pekat manis, minyak sapi, susu segar, sardin dan kari ayam (makanan dalam tin).

“Kandungan sos tiram, hanya mengan-dungi 0.6 peratus protein, berbanding kadar minimum 2.5 peratus ditetapkan di bawah Akta Peraturan-peraturan Makanan 166A (1).

“Manakala kandungan buah-buahan dalam jem nenas, menghendaki 35 peratus kan-dungan buah, sebaliknya hanya 8.87 peratus,” katanya di KR1M di Bandar Tun Razak, semalam.

Beliu berkata, kerajaan harus mengkaji dan menilai semula kandungan, selain kesalahan label produk tidak mengikut akta ditetapkan.

“Sekiranya perlu, produk tersebut wajar ditarik balik daripada berada di pasaran,” katanya.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright 2011 ILMU PEDOMAN HIDUP
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.