Followers

Tuesday, November 15, 2011

Petua hilangkan jerawat dan jeragat


Jerawat.. Jerawat... Jerawat... Jeragat... Jeragat... Jeragat..

Mesti benci dengar perkataan tu kan..Kawan-kawan, di sini saya ingin share sedikit petua untuk hilangkan jerawat dan jeragat. Mungkin sesetengah orang mempunyai masa untuk amalkan dan mungkin sesetengah orang lebih suke pakai produk yg asli ketulenan untuk lebih cepat dan efektif dan jimat masa.Terpulang kepada semua ye..

Petua-petua yang ingin dikongsi bersama untuk menghilangkan jerawat dan jeragat ialah:


1. Ambil kulit pisang dan sapu pada jeragat. Biarkan beberapa minit (10 minit) dan boleh bilas dgn air suam supaya lebih berkesan.


2. Boleh juga menggunakan putih telur sebagai masker di muka. Rendam tisu di dalam putih telur dan tekap di muka..Biarkan sehingga kering. Setelah kering boleh buang tisu tersebut dan bilas muka dengan air suam.


3. Amalkan juga pemakaian bedak sejuk sebelum tidur dan insyaAllah jika amalkan jerawat dan jeragat akan hilang. Malah muka anda akan bersih dan tegang.


4. Boleh juga amalkan petua orang dahulu iaitu basuh muka dengan air basuhan beras yang ketiga..Jerawat dan jeragat akan beransur hilang.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright 2011 ILMU PEDOMAN HIDUP
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.