Followers

Sunday, November 27, 2011

Luna Maya dan Ariel peterpan putus cinta?


Luna Maya dan Ariel peterpan putus cinta?

JAKARTA: Kisah cinta antara selebriti Indonesia, Luna Maya, dengan vokalis utama kumpulan Peterpan, Nazril 'Ariel' Irham, dilaporkan telah berakhir.


Khabar angin mengenai hubungan mereka itu tersebar kerana bintang filem Janda Kembang itu sudah tidak melawat kekasihnya di Penjara Rutan Kebon Waru di Bandung.


Bagaimanapun, kenyataan itu dinafikan oleh pengurus kumpulan Peterpan, Encik Budi Soeratman, yang menganggap sikap Luna Maya bukanlah alasan yang pasangan kekasih itu putus.


Namun, lain pula kenyataan yang diberikan oleh Luna ketika menjadi pengacara rancangan Dahsyat melalui saluran televisyen RCTI, pada Khamis lalu.


'Jodoh itu di tangan Tuhan. Kalau jodoh, tak ke mana. Jadi, tak apa. Biarkan masa saja yang menentukan,' katanya.


Sementara itu, seorang teman rapat Ariel mengesahkan hubungan mereka telah putus.


'Betul, hubungan mereka putus dan Luna sudah dua bulan tidak menjenguk Ariel di penjara,' katanya.


Februari lalu, Ariel didapati bersalah di mahkamah berkaitan tiga video seks yang memaparkan seorang lelaki miripnya mengadakan hubungan seks dengan Luna dan seorang lagi pengacara televisyen, Cut Tari, secara berasingan.


Ariel telah dihukum penjara tiga setengah tahun penjara dan denda 250 juta rupiah ($36,256) bagi kesalahan itu. -- Agensi.


Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright 2011 ILMU PEDOMAN HIDUP
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.