Followers

Sunday, November 27, 2011

Budak besar berkhatan jadi tumpuan ramai


Budak besar seberat 115 kg jadi tumpuan masa berkhatan

Mohd. Aiman Hakimi Hanafi menjadi tumpuan ramai ketika dimandikan bersama-sama kanak-kanak lain pada Program Khatan Perdana Parlimen Baling, Kedah, semalam.


BALING 26 Nov. - Seorang kanak-kanak, Mohd. Aiman Hakimi Hanafi, 11, bukan sahaja menjadi tumpuan kerana saiz badannya berbeza daripada kanak-kanak seusianya tetapi saat-saat dia dikhatankan juga menarik.

Dengan berat badan kira-kira 115 kilogram, Mohd. Aiman terpaksa dikhatankan di atas katil mengusung pesakit bagi menggantikan katil biasa kerana dikhuatiri akan patah.

Mohd. Aiman yang merupakan murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Kampung Sadik dekat Kupang ditemani ibu bapanya, Hanafi Abdul Wahab, 39, dan Jamilah Awang, 31, agak gugup sebelum dikhatankan dalam majlis Khatan Perdana itu.

Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim turut menemani Mohd. Aiman sambil mententeramkannya sebelum dikhatankan oleh Dr. Hamzah Abdul.

Sebanyak enam pembantu paramedik terpaksa dipanggil bagi mengawal kanak-kanak itu daripada meronta kesakitan.

Majlis Khatan Perdana anjuran Kelab Putera 1Malaysia itu mendapat sambutan di luar dugaan apabila disertai hampir 400 kanak-kanak dari seluruh daerah itu.

Abdul Azeez berkata, sambutan luar dugaan itu turut tidak mengambil kira idealogi mereka dan berlangsung selama dua hari dengan bantuan 30 doktor dan 20 paramedik dari seluruh negara.



Comments
2 Comments

2 comments:

Dewanty Asmaningrum said... [Reply]

nice blog, folback dong gan. blog yg lama kehapus.mksh ^_^(*hunting followers)

YaNa said... [Reply]

@dewanty Asmaningrum

ok...

Post a Comment

 
© Copyright 2011 ILMU PEDOMAN HIDUP
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.