Followers

Tuesday, November 22, 2011

Bank rugi RM10 juta


Bank rugi RM10 juta
 
KUCHING: Sebuah bank yang terletak di Jalan Rock, Batu 3 di sini, kerugian hampir RM10 juta apabila 11 mesin layan diri terbakar dalam kejadian awal pagi semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 5 pagi itu menyebabkan empat mesin pengeluaran wang automatik (ATM), lima mesin deposit wang tunai serta dua mesin cek deposit hangus dipercayai berpunca daripada litar pintas.


Difahamkan, kejadian hanya disedari pengawal keselamatan bank berkenaan selepas melihat kepulan asap sebelum menghubungi bomba dan penyelamat.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada wang tunai atau cek dimasukkan pelanggan dalam mesin berkenaan selamat atau sebaliknya kerana difahamkan pihak pengurusan bank masih menunggu kehadiran pegawai yang ditugaskan membuat pemeriksaan.


Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang, Mohd Azlee Mohd Arus berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.08 pagi.


Beliau berkata, sebuah jentera bersama 14 anggota mengambil masa kira-kira lima minit untuk memadam kebakaran.

“Setakat ini, kami belum dapat memastikan punca sebenar kejadian berlaku namun tidak menolak kemungkinan ia berpunca daripada litar pintas.


“Siasatan masih dijalankan termasuk mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk mengetahui punca kebakaran,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mun Kock Keong ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright 2011 ILMU PEDOMAN HIDUP
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.