Followers

Wednesday, November 16, 2011

152,182 dilahir luar nikah dari 2008 - 2010


152,182 dilahir luar nikah antara 2008 dengan 2010

KUALA LUMPUR: Seramai 152,182 anak luar nikah atau anak tidak sah taraf direkodkan antara 2008 dengan 2010, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia, Datuk Heng Seai Kie.

Statistik Jabatan Pendaftaran Negara menunjukkan Sabah mencatatkan kelahiran anak tidak sah taraf tertinggi iaitu 41,490 orang, diikuti Selangor (18,983), Sarawak (17,570), Johor (16,298) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (12,095), katanya.

Beliau berkata antara punca yang menyumbang kepada kelahiran anak luar nikah termasuk pengaruh rakan sebaya, rela melakukan hubungan seks tanpa paksaan dan tidak mempunyai pengetahuan berhubung kesihatan reproduktif dan seksual.

'Punca lain adalah kurangnya perhatian ibu bapa, menonton video dan laman web lucah, kurang didikan agama, perasaan ingin mencuba dan diperkosa saudara sendiri,' katanya kelmarin. -- BHM.


Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright 2011 ILMU PEDOMAN HIDUP
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.