Followers

Monday, December 16, 2013

Gambar kereta McLaren MP4 didakwa milik Datuk Rosyam Nor tersebar


Gambar kereta Sport McLaren MP4 yang didakwa dimiliki oleh Datuk Rosyam Nor telah tersebar. Baru-baru ini terdapat desas desus mengatakan Datuk Rosyam memiliki 3 buah kereta mewah jenis sport iaitu McLaren MP4, Aston Martin Rapide dan Aston Martin DB9. 

Namun, Datuk Rosyam dalam petikan Harian Metro menganggap isu itu sepatutnya tidak dijadikan isu besar kerana mengatakan samaada kereta itu dimiliki atau dipinjam adalah hak peribadinya

"Hak milik siapa kereta itu tidak penting. Bagi saya, tak patut jadi isu pun jika ia hak saya. Kalau saya nak pakai pun, salah ke? 


"Benda ini terlalu peribadi untuk diceritakan, jadi saya harap tiada pihak cuba untuk cetus kontroversi pula," ujarnya. 

"Adakah satu kesalahan kalau saya benar-benar pakai tiga kereta mewah itu atau salah ke kalau saya hanya pinjam kereta-kereta itu?." katanya lagi. 

Datuk Rosyam Nor memiliki syarikat penerbitan Suhan Movies & Trading, maka tidak
hairan lah orang yang mempunyai perniagaan sendiri mampu memiliki kereta mewah

Ashraf Muslim Sorok isteri?

Ashraf Muslim sorok isteri?

UMUM semestinya sudah pun mengetahui kisah pelakon, Ashraf Muslim berpoligami yang pernah mencetuskan sedikit kekecohan tidak lama dahulu.

Biarpun ramai yang mengecam tindakannya sementelah usia perkahwinan dengan isteri pertama, Noor Dayana Lokman masih muda, namun Ashraf mempunyai rasionalnya ketika bernikah dengan isteri kedua, Wan Sakinah Ahmad Saburi di Pattalung, Selatan Thailand.

Mengakui kehidupannya kini lebih bahagia, jelas Ashraf, ramai pihak sudah pun boleh menerima kehidupannya kini (berpoligami).

"Saya tahu pada awalnya, ramai yang tak suka, tapi tak mengapa sebab itu hak masing-masing untuk bersuara.

"Malah saya juga lebih gemar mendiamkan diri dan saya juga tidak benarkan isteri-isteri saya buat kenyataan yang boleh memburukkan keadaan," ujarnya yang ditemui selepas majlis Anugerah Industri Muzik ke-20 (AIM 20), Sabtu lalu.

Ashraf berkata, biarpun ada yang berpendapat tanggungjawab beristeri dua lebih besar, namun dia mempunyai cara yang tersendiri untuk berlaku adil kepada Dayana dan Sakinah.

Katanya, mereka bertiga sering keluar dan bersembahyang bersama-sama jika masing-masing mempunyai kelapangan.

"Alhamdulillah, saya ada cara saya sendiri untuk memastikan dua-dua dapat hak masing-masing.

"Ada masanya kami akan keluar bersama, solat bersama.

"Tapi masa membataskan kami untuk berjumpa selalu sebab masing-masing sibuk, Dayana ada kerja dia, Sakinah pun ada kerja dia," jelasnya.

Persiapan jadi bapa

Dalam pada itu, berkongsi mengenai perkembangan Sakinah yang sudah hamil lima bulan, Ashraf berkata, dia sudah pun bersedia bergelar bapa dan banyak belajar serta mempersiapkan diri sebagai ketua keluarga yang terbaik untuk kedua-dua isterinya.

“Alhamdulillah, keadaan Sakinah sekarang lebih sihat, dia tidak banyak mengalami alahan atau mengidam yang bukan-bukan.

“Setakat ini kami belum tahu lagi jantina bayi tersebut, namun saya tidak kisah sama ada lelaki atau perempuan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ashraf berkata, dia kini sibuk dengan projek landskap, pengurusan majlis dan syarikat produksi miliknya.

Tonton Menjinak Ombak Episode 2


Drama Menjinak Ombak Episode 2
 
Sinopsis Menjinak Ombak.
Mengisahkan kisah cinta penuh tragedi berdasarkan cinta tiga segi di antara 3 jejaka yang merebut cinta seorang gadis sunti iaitu anak kepada seorang Imam yang begitu patuh pada pegangan agamanya. Malah, setiap jejaka itu menyimpan rahsia yang penuh misteri. Oleh kerana sikap yang terlalu taksub dan tamak, ada di antara jejaka itu sanggup hidup dengan bertopengkan agama serta membuat hukuman sendiri dengan melakukan pembunuhan demi menutup pekong di dada!
Syakinah merupakan seorang gadis cantik dan anak kepada Imam Ismail dan ibu Halimah ini mempunyai sikap yang taat kepada agama dan menjadi rebutan dua orang jejaka di kampung tersebut, Tengku Firhad dan Arsyaf. Tengku Farhad merupakan anak angkat kepada keluarga Syakinah yang mendalami ajaran agama dengan bergurukan kepada Imam Ismail manakala Arsyaf pula seorang anak yatim yang tinggal bersama ibunya, Ainah yang banyak dibantu oleh keluarga Imam Ismail. Arsyaf begitu rapat dan mesra dengan Syakinah kerana Syakinah menganggap Arsyaf sebagai abangnya sendiri.
Tengku Fatah tidak senang melihat kemesraan Syakinah dengan Asyraf. Dia mahu memiliki gadis berusia 19 tahun itu. Tengku Fatah menyatakan hasratnya kepada ayah Syakinah, Imam Ismail untuk menyunting gadis itu dan direstui oleh Imam Ismail. Tengku Fatah pulang ke rumah keluarganya dan meminta ibu dan bapanya meminang Syakinah membuatkan ibu dan bapanya agak terperanjat kerana Tengku Fatah sudah lebih setahun tidak pulang ke rumah dan apabila pulang sahaja, dia meminta untuk menghantar rombongan meminang. Syakinah menerima sahaja pinangan Tengku Fatah tanpa bantahan. Baginya ustaz muda itu seorang yang baik, beriman dan juga kacak. Lagipun bapanya sendiri begitu percaya dan sayang kepada Tengku Fatah.
Sementara itu, Asyraf sebenarnya dalam diam mencintai Syakinah. Asyraf meluahkan perasaan cinta dan kecewanya kepada ibunya, Ainah. Ibu Asyraf mahu Asyraf sedar diri yang Imam Ismail banyak berjasa kepada keluarga mereka. Namun kasih sayang ibu terhadap seorang anak membuatkan Ainah cuba juga untuk merisik Syakinah dari ibu Syakinah, Halimah. Namun apabila melihat kegembiraan dan kepercayaan Halimah terhadap Tengku Fatah membuatkan Ainah membatalkan hasratnya untuk memberitahu Halimah tentang perasaan Asyraf terhadap Syakinah.
Tengku Fatah merasa cemburu melihat kemesraan Asyraf dan Syakinah lalu mengingatkan Syakinah tentang batas-batas hubungan lelaki dan perempuan apatah lagi bila sudah menjadi tunangan orang. Syakinah tidak bersetuju kerana dia telah lama rapat dengan Asyraf yang dianggapnya sebagai abang malah dia mengenali Asyraf jauh lebih lama dari mengenali Tengku Fatah. Tengku Fatah tidak puas hati dan mengadu kepada Imam Ismail. Imam Ismail menasihati Syakinah supaya menjaga adab. Syakinah berasa tertekan dengan sikap Tengku Fatah yang sering mengongkong dirinya.
Tengku Fatah tidak berpuas hati lalu berjumpa Asyraf dan mengugut secara kasar agar Asyraf jangan menggangu tunangannya. Asyraf rasa terhina lalu ingin menceritakan segalanya kepada Syakinah. Lalu, Asyraf segeran menghantar SMS untuk berjumpa Syakinah tetapi malangnya semasa menunggu Asyraf, Syakinah telah diculik!!
Kehilangan Syakinah telah heboh dan menjadi topik utama di kampung itu. Ibu Syakinah, Halimah begitu tertekan dan amat bimbang. Kehilangan Syakinah mengimbau kembali tragedi yang menimpa pelajar tingkatan 3, Hanani dimana lebih setahun yang lalu ditemui mati dibunuh di kampungnya setelah 7 hari hilang sebaik pulang dari sekolah. Imam Ismail sangat bersabar dan hanya berdoa kepada ALLAHagar anaknya Syakinah dilindungi dan selamat dari bencana.
Syakinah terjaga dari pengsan dan menyedari yang dirinya berada disebuah pulau dan diculik oleh seorang lelaki bernama Firhad. Sepanjang sebulan diculik Firhad, Syakinah akhirnya dapat mengetahui motif sebenar kenapa dirinya diculik dan mengenali siapa diri Firhad sebenarnya. Dari situ berputiknya bibit-bibit cinta antara Syakinah dan Firhad. Disini juga terbongkar cerita siapa sebenarnya Tengku Fatah.
Tengku Fatah dalam kebingungan dengan kehilangan Syakinah telah menuduh Asyraf terlibat dengan kehilangan Syakinah lalu membuat lapuran polis lalu Asyraf telah ditahan reman oleh pihak polis. Suatu hari muncul Khatijah di surau dimana tempat Tengku Firhad selalu berada. Khatijah mengenali dan mengetahui latar belakang Tengku Firhad lalu ke rumah Iman Ismail untuk menyiasatnya. Tengku Firhad merasa tergugat dan takut akan rahsianya bocor lalu melanggar dan memukul Khatijah hingga pengsan.
Syakinah dipulangkan kembali oleh Firhad kepada keluarganya lalu Tengku Fatah membuat keputusan untuk menyegerakan pernikahan mereka berdua. Syakinah yang telah mengetahui siapa Tengku Fatah sebenarnya tidak menyukainya lalu menceritakan segala rahsiaTengku Fatah kepada Asyraf. Dalam masa yang sama Imam Ismail telah diserang sakit jantung. Tengku Fatah mendapat tahu segala rahsianya telah terbongkar lalu merancang untuk membunuh Arysaf dan Syakinah. Syakinah berjanji untuk bertemu Tengku Fatah ditempat yang agak terpencil lalu menikam Syakinah tetapi muncul Firhad maka berlakulah pergelutan.
Siapakah Tengku Fatah yang sebenarnya? Apa kaitannya dengan kes pembunuhan Hanani dan Firhad? Berjayakah Tengku Fatah membunuh Asyraf? Berjayakah Firhad menyelamatkan Syakinah yang telah ditikam oleh Tengku Fatah? Bagaimana berakhirnya percintaan Firhad terhadap Syakinah? Teruskan menonton kisah cinta penuh tragedi ‘Menjinak Ombak’ menerusi slot Zehra, setiap hari Jumaat jam 9.00 malam bermula 6 Disember 2013 di TV3.

Maut Akibat Berebut Kekasih

Maut akibat berebut kekasih 
Anjing pengesan dari Unit K9 turut digunakan dalam siasatan awal polis.

MALIM - Gara-gara berebut teman wanita, dua lelaki bergaduh sebelum salah seorang daripada mereka mati ditikam di dada, di dalam rumah kedai di Jalan Berkat 15, Malim Jaya, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 9.20 malam, mangsa warga Vietnam, Ang Prung Dung, 26, ditikam rakan senegaranya menggunakan pisau ketika bergaduh dalam satu jamuan makan malam di sebuah rumah rakan mereka, di tingkat dua bangunan rumah kedai itu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman berkata, mangsa yang cedera parah di dada kiri bagaimanapun disahkan meninggal dunia di Unit Kecemasan Hospital Melaka, kira-kira jam 11.30 malam.

“Ketika jamuan tersebut, mereka dipercayai bergaduh membabitkan seorang wanita sebelum suspek keluar dari rumah tersebut dan datang semula bersama sebilah pisau, lalu bertindak menikam dada kiri mangsa.

“Pemeriksaan awal, kami hanya menemui sarung pisau sepanjang tiga inci dipercayai senjata digunakan suspek dan kertas pembalut pisau di dalam rumah didiami lima rakan mereka yang juga warga Vietnam,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat
Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah di sini, semalam.

Salehhudin berkata, berikutan itu, pihaknya kini memburu suspek berusia 26 tahun yang merupakan seorang pekerja kilang di kawasan berhampiran, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sementara itu, seorang saksi warga Bangladesh yang dikenali sebagai Shasalan, 38, berkata, dia didatangi jirannya sambil menjerit meminta bantuan supaya segera menghubungi polis.

“Sebelum itu, ada seorang lelaki turun dari rumah itu dan saya nampak dia selitkan pisau di belakang pinggang, namun saya tidak mengesyaki apa-apa.

“Tak lama lepas itu saya nampak jiran saya dengan beberapa warga Vietnam termasuk teman wanita mangsa turun membawa mangsa yang berlumuran darah,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, di sini, semalam.

Menurutnya, seorang rakan mangsa cuba menahan teksi, namun pemandunya enggan menghantar mangsa ke hospital, sebelum pemandu sebuah kereta sewa membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
 
© Copyright 2011 ILMU PEDOMAN HIDUP
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.