Followers

Showing posts with label MAKLUMAT SEMASA. Show all posts
Showing posts with label MAKLUMAT SEMASA. Show all posts

Saturday, December 14, 2013

Henti sebar gambar patung haji dan hajah

Henti sebar gambar patung haji, hajah 
 Patung yang didakwa diberi gelaran haji dan hajah yang tersebar di laman sosial.

IPOH – Perkongsian sebuah gambar patung berhala menyerupai imej warak di laman sosial menggemparkan masyarakat Islam, hari ini.

Gambar patung lelaki berkopiah dan wanita bertudung yang diperoleh daripada Facebook Nadi Rakyat Dot Net Official itu dikatakan diletakkan di sebuah lokasi di Lumut  tanpa adanya perincian lokasi sebenar dinyatakan.

Laporan portal www.ismaweb.net dipetik berkata, peletakan patung berimej sedemikian didakwa bertujuan menunjukkan rasa hormat kepada masyarakat Melayu.

Pasangan patung yang turut diberi gelaran ‘haji’ dan ‘hajah’ itu mendapat pelbagai reaksi daripada pembaca yang rata-ratanya mahu siasatan lanjut dibuat bagi mengesahkan kesahihannya.

Kerajaan negeri menggesa mana-mana pihak menghentikan segera sebarang perbuatan yang boleh mengundang kekeruhan dalam hubungan masyarakat majmuk di negara ini.

Exco Pendidikan Islam, Mohd Nizar Zakaria berkata, perkara sedemikian tidak sepatutnya berlaku kerana ianya menyentuh nilai sensitiviti serta budaya  masyarakat.

Malah menurutnya, perkara berkenaan juga bakal mencetuskan nilai persepsi atau dari segi nilaian agama itu sendiri.

“Berhati-hatilah dalam perkara seperti ini, sebaran dan perkongsian sesuatu yang belum tentu kesahihannya hanya akan mengundang kemarahan rakyat, jadi jangan dimuat turun secara sewenangnya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau turut memaklumkan, sedia untuk menyiasat sekiranya dakwaan gambar itu benar wujud.

Walau bagaimanapun, katanya, setakat ini, tiada sebarang aduan diterima berhubung kewujudan patung berkenaan, malah maklumat patung itu turut diketahui melalui internet, semalam.

“Jika betul ada, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan jabatan agama akan sedia siasat, Cuma kita khuatir jika ia tidak benar dan disebarkan atas maksud tertentu,” katanya.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian  di sekitar  Lumut mendapati, rata-rata penduduk di sana tidak pernah melihat patung seumpama itu di mana-mana tokong di situ.Malah, ada antaranya memaklumkan, baru pertama kali melihat patung seumpama itu di internet.

Seorang penduduk, Ling Chin Tong, 50, berkata, dia tidak pernah melihat patung berpakaian seumpama itu seumur hidupnya.

“Saya memang tidak pernah melihat patung yang memakai kopiah dan tudung seperti di dalam gambar ini, saya tahu pun setelah melihat gambar yang ditunjukkan ini,” katanya.

Chin Tong berkata, selama ini, dia hanya melihat patung biasa (tanpa bertudung dan berkopiah) yang sering digunakan penganut agama itu untuk ditempatkan di rumah ibadat.

“Jika patung seumpama ini memang saya tidak pernah lihat,” katanya.

Pendapat sama turut disuarakan Yew Kong Tung, 47.

Kong Tung berkata, agak mustahil patung sedemikian ditempatkan di rumah ibadat mereka kerana semua masyarakat maklum ia menggambarkan imej Islam.

“Ia dilihat seperti agak pelik dan seolah-olah tidak wujud, saya pergi ke mana-mana pun tidak pernah melihat patung seperti itu,” katanya.

Bagi Hong Chi Ping, 27, pula, patung dalam kepercayaan agama Buddha dianggap sebagai dewa.

“Patung itu dipuja untuk mendapatkan kebaikan, namun saya tidak pernah melihat ia dipakaikan dengan kopiah dan tudung kerana kebiasaannya ia dibuat rambut sahaja,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Haslinda Daud, 26, turut mengakui tidak pernah melihat patung sedemikian dan hanya mengetahui perkara itu di dalam internet.

Sebagai penduduk tempatan katanya, dia juga tidak mengetahui sama ada patung itu wujud atau tidak.

“Dalam laman sesawang semua orang bercerita mengenainya, jadi saya dapat maklumat pun dari situ.

“Saya sendiri tidak tahu sama ada ianya wujud atau tidak. Siasatan harus dilakukan supaya isu berkenaan mendapat penyelesaian terbaik,” katanya.

Reaksi sama diluahkan Muhaiyudin Yusof, 31, yang mahu siasatan terperinci dilakukan sebelum sesuatu tindakan diambil.

Menurutnya, langkah itu penting bagi mengelak, timbul isu lain yang boleh mengeruhkan hubungan antara kaum.

“Perkara berkaitan Islam tidak seharusnya dijadikan permainan kerana ia melibatkan agama, siasatan terperinci harus dilakukan bagi mengetahui sama ada ianya benar-benar wujud atau tidak kerana kita tidak mahu timbul isu lain pula selepas ini,” katanya.

Saturday, November 23, 2013

Blackberry Melancarkan Porsche Design P9982

p9982_large_verge_medium_landscape

Setelah beberapa gambarnya tersebar di internet sebelum ini, Blackberry hari ini memperkenalkan smartphone premium terbaru mereka, Porsche Design P9982.

Blackberry Porsche Design P9982 ini menggunakan sistem operasi terbaru 10.2, skrin bersaiz 4.2 inci, material premium serta nombor pin khas untuk setiap unit yang dikeluarkan.

Blackberry Porsche Design P9982 ini akan mula dijual pada 21 November ini dengan harga $2400 iaitu sekitar RM 7500.

Sumber: Crackberry

Sunday, November 3, 2013

Jual Burger Babi Dalam Pasar Raya

Jual burger babi dalam pasar raya 
Kain rentang yang tertulis ‘Burger Babi Terbaik di Bandar Ini’.

GEORGETOWN - Burger Babi Terbaik Di Bandar Ini! Perkataan dalam bahasa Inggeris itu jelas boleh dilihat pada kain rentang di depan sebuah kios yang terletak di tingkat bawah tanah sebuah pusat beli belah terkemuka di negeri ini.

Tanpa rasa bersalah, kios tersebut menjual burger daging babi yang dimasak secara terbuka malah kedudukannya merupakan laluan untuk pengunjung termasuk orang Islam.

Di sekelilingnya juga terdapat beberapa premis perniagaan lain yang mempunyai pekerja beragama Islam.

Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) negeri, Mohd Rizuad Mohd Azudin berkata, beliau terkejut dengan keadaan itu.

Rizuad berkata, pengurusan pusat beli belah berkenaan sepatutnya lebih peka dan menghormati pengunjungnya terutama yang beragama Islam.

“Ini menunjukkan mereka (pengurusan pusat beli belah) tidak bertanggungjawab.

“Mereka seolah-olah tiada prinsip menghormati Islam sebagai agama rasmi negara,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Rizuad berkata, beliau mendesak kerajaan negeri khususnya Exco Agama, Majlis Agama Islam Pulau Pinang dan pihak berkuasa tempatan supaya mengambil tindakan tegas terhadap pengurusan pusat belah belah berkenaan.

“Ini penting supaya kejadian serupa tidak berulang dan kesucian agama Islam tidak lagi dicemari pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

Sementara itu, tinjauan mendapati meskipun terdapat tanda ‘tidak halal’ namun kewujudannya masih mengelirukan orang ramai terutama yang tidak fasih bahasa Inggeris.

Difahamkan sebelum ini ada dua pelancong wanita Arab nyaris termakan burger berkenaan selepas memesannya tetapi sempat dihalang oleh seorang pengunjung tempatan.

Walaupun diberitahu dalam bahasa Inggeris makanan itu tidak halal, kedua-dua wanita berkenaan masih tidak faham dan selepas diterangkan dalam bahasa Arab, barulah kedua-duanya tersedar yang mereka sudah terbeli burger babi.

Saturday, October 19, 2013

Tukar milik kenderaan melalui dalam talian Nov ini

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia 
Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

BANGI - Perkhidmatan tukar milik kenderaan kini boleh dilakukan secara dalam talian mulai 1 Nov ini di bawah perubahan sistem dari Sikap ke mySikap.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Ismail Ahmad berkata namun sebelum itu, pembeli dan penjual kenderaan mesti mendaftar di kaunter JPJ untuk melakukan pengesahan biometrik sebelum menggunakan kaedah dalam talian.

"Melalui kaedah ini, ia dapat mengelak pemalsuan identiti pemilik serta memudahkan pengguna.
"Purata tahunan pengguna menggunakan perkhidmatan ini ialah 1.4 juta dan ini merupakan bilangan yang tinggi dan kritikal," katanya dalam sidang media di JPJ Bandar Baru Bangi di sini hari ini.

Beliau berkata melalui kaedah ini, pengguna boleh berurus niaga pada bila-bila masa dan mulai 1 Januari tahun hadapan pihaknya akan mengurangkan perkhidmatan di kaunter JPJ.

Selain tukar milik kenderaan, perkhidmatan lain yang boleh digunakan melalui portal mySikap ialah pembayaran cukai, saman, pembaharuan lesen dan mendapatkan maklumat mengenai senarai hitam.

Ismail berkata perubahan sistem itu juga ialah bagi menyahut seruan kerajaan yang ingin melihat 85 peratus perkhidmatan agensi kerajaan dilakukan menerusi dalam talian menjelang 2015.

"Sebelum ini kita hanya menggunakan kira-kira 35 hingga 40 peratus perkhidmatan secara dalam talian, namun meningkatkannya bagi menyahut seruan kerajaan," katanya. - Bernama

Saturday, October 5, 2013

e-Penyata Gaji DIHACK, Ramai Hilang Duit Gaji

Jangan update. Takut perangkap. Sekarang tengah hot isu cikgu hilang duit. Maksudnya duit gaji kena divert ke akaun lain. Sistem ANM sudah diceroboh oleh hacker. Sudah tiba masanya Kerajaan tingkatkan tahap keselamatan penggunaan internet mereka.

Friday, October 4, 2013

Video Unboxing Sony Xperia Z1 (Honami)

IMG_7156

Sony-Xperia-Z1

 Xperia Z1 secara rasmi mula dijual di Malaysia hari ini dengan harga RM 2399.

Pembeli awal akan mendapat dock pengecas magnetik secara percuma dan kandungan streaming musik selama 3 bulan tanpa bayaran. Pembeli awal juga dapat memuat turun sehingga 6 filem secara percuma melalui aplikasi terbina dalam.

Kami sudahpun mendapat peranti ini dan anda boleh lihat unboxing dan sedikit ulasan awal melalui video di bawah.

 Video Sony Xperia Z1 (Honami) Review

Thursday, October 3, 2013

Cara buat Spaghetti di indonesia - Jom Tengok

Anda pernah makan Spaghetti ? Tahu atau tidak cara orang buat spagheti?
Hari ini saya nak kongsikan cara orang indonesia buat spageti..

y5ADArE (13 Gambar) Cara Memproses Spaghetti Di IndonesiadFPYgQL (13 Gambar) Cara Memproses Spaghetti Di IndonesiaPacO4MM (13 Gambar) Cara Memproses Spaghetti Di Indonesiapu1lepH (13 Gambar) Cara Memproses Spaghetti Di Indonesia

Semoga perkongsian artikel ini beri maklumat pada anda...
Anda dibenarkan ambil apa sahaja kandungan dalam blog ini.Happy blogging.

 
© Copyright 2011 ILMU PEDOMAN HIDUP
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.